Connect with us

OH Trending

Kena Bidas Dengan Ibu Wafariena, Sekali Iqbal Bagi Sedas Dua Kata Berbisa

Published

on

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa kesal dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba melibatkan anaknya dengan ‘gosip cinta’ berbaur publisiti murahan di media sosial.

Memetik Harian Metro, Suzana turut berkongsikan cerita sebenar dimana Iqbal yang mengajak anaknya bergambar terlebih dahulu dengannya ketika di set penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa.

Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.

Namun, Iqbal membalas semula kata-kata ibu Wafariena di salah satu komen di Harian Metro

“Ibu, (saya belajar bidang penulisan tak pandai lukis). Bukan saya yang mulakan gosip, netizen dulu yang usik mengusik itu biasalah.

Kalau tak selesa cakap awal-awal bukannya saya tak tanya dulu sebelum post. Ni bergambar mata bertentang mata, bila keluar gosip, baru nak melenting post video sindir saya.

Walaupun jelas saya bagitahu kawan sahaja. Kita ada tujuan untuk promosikan filem ni.

Kalau ada kekasih itu hak Wafa, saya tidak ambil tahu kerana saya hanya menjalankan tugas untuk promosikan filem ni.

Kan saya pun banyak bersembang dengan Ibu berbanding Wafa. Kalau saya ada hati dengan Wafa, saya tak main sembunyi, depan Ibu saya akan bagitahu untuk masuk meminang.

Harap jaga nama baik saya juga walaupun saya sentiasa dipandang tak baik oleh orang ramai.

Artis yang lebih popular pun ramai saja datang rumah saya tak ada pun saya nak post kat media sosial.

Sepatutnya bila media dan netizen usik mengusik tu kita fikir entah-entah ada peluang stesen TV panggil berlakon bersama lagi.”

Terdahulu, perkongsian Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Wafariena sehingga ada yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.

HM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia