Connect with us

OH Trending

Pening Masalah Hutang, Suami Sanggup BeIasah Isteri Kerana Tidak Mahu Bayar Sama²

Published

on

Kita sering mendengar tentang orang yang dijerat masalah kewangan dan tidak jauh dari masalah hutang yang menggunung.

Hal ini memberi kesan yang banyak seperti pada keadaan kesihatan yang muncul akibat rasa tertekan memikirkan cara melunaskan hutang-hutang tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Ini sepertilah yang ditunjukkan dalam sebuah video yang baru tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Ia menunjukkan seorang wanita dipukul oleh lelaki di kawasan Cilobak Raya, Pangkal Jati, Cinere, Kota Depok, Jawa Barat, Indonesia.

Aksi ganas lelaki itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram, Infodepok_id pada Ahad.

Menerusi video tular berkenaan menyaksikan lelaki berjaket hitam tersebut memukul wanita itu tanpa rasa bersalah di khalayak ramai dan di hadapan seorang kanak-kanak.

“Keganasan dalam rumah tangga berlaku lagi. Lelaki itu memukul wanita yang didakwa merupakan isterinya di khalayak ramai dan di hadapan anaknya,” tulis hantaran itu.

Orang ramai rata-ratanya mendakwa suspek merupakan suami kepada wanita berkenaan.

Tindakan lelaki itu juga menyebabkan kanak-kanak yang sedang memegang wanita itu menangis.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Metro Depok, Asisten Komisioner Yogen Heroes Baruno berkata, suspek yang memukul wanita di hadapan kanak-kanak itu sudah ditahan.

Menurut pegawai polis itu, nama lelaki itu mempunyai huruf awalan MS.

“Sudah ditahan. Huruf awalannya ialah MS,” kata Yogen menerusi pesanan ringkas kepada laman portal, VOI pada Ahad.

Ketika ditanya dengan lebih terperinci berhubung suspek, Yogen enggan menjawab soalan itu.

Hal ini kerana, pegawai polis itu akan menyampaikan butiran lanjut dalam sidang media di Polis Metro Depok pada Isnin. — Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia