Connect with us

OH Trending

Terjadi Sesuatu Mengejutkan Smp Terjerit Kereta Belakang, Motor Dinaiki Gadis Cuba Bayar Tol

Published

on

Sering kita melihat video memaparkan penunggang motosikal ‘menyelit’ masuk laluan tol beroda empat.

Ia sehinggakan kenderaan di belakang terpaksa membayar caj dua kali sebelum melalui lebuh raya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tapi, agak berbeza dengan satu video di aplikasi TikTok ini apabila penunggang dan pembonceng sebuah motosikal mahu membayar tol tanpa ‘mempergunakan’ pemandu di belakang mereka.

“Motor tak payah bayar tol. Kenapa kau bayar tol,” jerit pemilik suara video berkenaan ketika di dalam kereta.

Video berdurasi 22 saat itu kelihatan penunggang dan pembonceng tersebut dipercayai wanita menggunakan laluan kad Touch ‘n Go sambil dirakam oleh individu di dalam kereta belakang.

Selepas kereta hadapan melepasi tol, pembonceng itu dilihat beberapa kali cuba menyentuh kad Touch ‘n Go pada bahagian sensor namun palang tidak berjaya dibuka.

Walau bagaimanapun, mujur kakitangan yang sedang bertugas di kaunter tol tersebut menyedari situasi itu.

Kemudian meminta kedua-duanya keluar di tepi laluan kecil dalam lorong berkenaan.

Baru sahaja dikongsi semalam, video itu meraih 1.6 juta tontonan selain lebih 4,000 komen netizen.

Dimana rata-rata terhibur dengan tindakan wanita terbabit yang mungkin kali pertama melalui kawasan tol.

Tak Elok Ketawakan Dia

Mungkin Lupa Hari ni Bawak Motor

Pengalaman Berharga ni

Namun begitu, terdapat juga individu meluahkan rasa kasihan terhadap kedua-duanya yang disifatkan tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan ramai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh video kejadian berkenaan dirakam oleh individu tersebut dimana sehingga kini masih meraih tontonan ramai dalam kalangan pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @ann8nadzri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia