Connect with us

OH Trending

Tak Mampu Menahan Derita, Gadis Dimasukkan ke Wad Kecemasan Gara² Bakal Suami Lari Masa Nikah

Published

on

Sebelum melangkah ke fasa alam rumah tangga, segelintir individu pasti melalui pelbagai ujian dan dugaan.

Ia sehingga terasa hampir putus asa untuk meneruskan perhubungan.

Salah satu perkara diuji ialah berkait dengan kisah percintaan pada masa silam dimana bakal pasangan tiba-tiba berubah hati menjelang hari bahagia.

Situasi seperti itu dialami oleh seorang gadis, @iekinr8 yang melalui pengalaman mengerikan.

Ini apabila bakal suaminya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 8 Januari lalu.

“Pergi rumah dia trus trduduk nmpk dia tkde. skrg da redha.. save sini sbg peringatan in future & nak clear gallery phone..”

Berkongsi kisah di aplikasi TikTok, gadis berasal dari Sarawak itu mengakui kecewa dan hampir hilang akal.

Ia selepas bakal suaminya ‘melarikan diri’ di pagi hari pernikahan mereka.

@iekinr8 berkata selepas berlaku kejadian tersebut, dia segera ke rumah lelaki itu dalam keadaan remuk hati sebelum menghubungi bakal ibu mentuanya bagi meminta penjelasan.

“Lepas dia bagitahu tak dapat nak teruskan, I cuba call tapi dia dah block I. Mama dia kata memang dia tak nak nikah.

Selama seminggu, dia asyik keluar rumah tak balik-balik.

“Dia buat macam tu sebab tak dapat lupakan bekas kekasih dan perempuan tu juga tak tahu (hubungan) kami.

I takde pilihan lain sebab dah nak nikah, jadi terpaksa bagitahu ‘ex’ dia.

“Mungkin mereka bergaduh atau dia dalam keadaan serabut, jadi tak dapat teruskan nikah dengan I.

Maksudnya dia lebih pilih perempuan tu,” katanya.

Tambah guru sekolah tadika itu, dia mengalami tekanan perasaan sehingga cuba membunuh diri.

Namun bersyukur dikelilingi dengan insan yang banyak memberi semangat sekali gus dapat melupakan kisah pilu itu.

“Terima kasih kepada semua yang bagi kata semangat, terutama ayah yang sentiasa ada dan bantu saya untuk berjuang dan bangun semula,” ujarnya.

Video pertama dikongsi itu meraih hampir 280,000 tontonan serta ratusan komen warganet yang turut bersimpati dengan nasib @iekinr8 selain mendoakan dia akan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik.

Sumber: TikTok

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia