Connect with us

OH Trending

Tak Habis² Komplen Sendiri Punya Majlis Kahwin, Tindakan Wanita ini Akhirnya Mngundang Padah

Published

on

Majlis perkahwinan biasanya dirai dalam suasana yang cukup gembira dan bahagia.

Jadi, bagi memastikan impian hari istimewa tersebut berjalan dengan sempurna.

Pihak pengantin bolehlah memastikan segala keperluan yang ingin digunakan ketika majlis disediakan lebih awal.

Bagi pengantin perempuan, jika mahu bercantik-cantik ketika hari persandingan, pemilihan mak andam dan segala aksesori perlu diputuskan sebaiknya.

Ia supaya tidak ada cakap-cakap belakang setelah majlis selesai.

Namun, berbeza dengan perkongsian satu akaun TikTok seorang pengantin perempuan dikenali sebagai @fatinn***.

Ini apabila serba serbi tidak kena sepanjang majlis persandingannya.

Mana tidaknya, dalam salah satu perkongsian video, dia ada menyatakan rasa ralat dengan penampilannya kerana mekap yang disolek oleh MUA kurang cantik.

Tak hanya itu, dia juga mempertikaikan warna inai yang dipakai di tangan serta kaki kelihatan kurang sama gelapnya.

Hal tersebut sudah tentu membuatkan warganet mulai rimas kerana seakan majlisnya penuh kesedihan dengan pelbagai masalah menimpa.

Selain itu, dia juga menyatakan yang gambar perkahwinannya tidak begitu sempurna kerana terpotong dan terlihat seperti separuh sahaja.

Disebabkan terlampau banyak keluhan-keluhan merepek yang dimuat naik oleh wanita itu, mula menerima padah apabila netizen mulai bosan.

Takut nanti dia complain mertua pulak

Banyak sangat tengok cinderella ni

Syukur lah dengan apa yang ada

Mereka juga mengatakan mungkin dia melangsungkan majlis persandingan dalam keadaan yang menyedihkan.

Mereka juga menganggap yang wanita itu sebenarnya hanya ingin mencari perhatian sahaja.

Dan sempat bertanya adakah dia bahagia apabila dikecam terus oleh netizen disebabkan perkara remeh seperti video yang dimuat naik.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai geram adalah tindakannya yang mengatakan video-video tersebut  hanyalah satu prank dan sempat menunjukan wajah sebenar setelah dimekap.

Hal ini membuatkan netizen bosan kerana menganggap wanita tersebut kurang bersyukur apabila semua serba tidak kena sepanjang majlis yang sepatutnya berjalan dengan lancar.

Sumber: TikTok

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia