Connect with us

OH Trending

Anak Masih dlm Pantang, Ezzaty Sebak Terpaksa Biarkan Mak Ayah Pindah Keluar Rumah Lewat Malam

Published

on

TERKILAN dan rasa bersalah, itu luahan pelakon Ezzaty Abdullah apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain.

Ia bagi beri peluang kepada mereka menjalani kuarabtin selepas dijangkiti Cvd19.

Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan virus berkenaan berjangkit.

Ezzaty, 32, yang kini dalam tempoh berpantang di rumah orang tuanya yang terletak di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.

“Ini rumah mereka, tetapi mereka pula yang terpaksa keluar disebabkan tidak mahu memberi kesan jangkitan kepada saya dan bayi yang baru lahir.

“Memang rasa terkilan dan bersalah. Namun ini adalah jalan terbaik yang boleh kami lakukan.

Itu yang membuatkan saya rasa sedih dan bersalah.

“Kemudian ibu bapa saya terpaksa mengemas rumah arwh nenek itu kerana tempat tersebut tidak dihuni selepas nenek men1ngg4l dunia.

“Sekurang-kurangnya mereka berdua di sana bebas dalam satu rumah.

Adik-beradik lain juga boleh bantu menghantar keperluan makanan untuk mereka,” katanya.

Pada malam Sabtu, Ezzaty berkongsi video di media sosial menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut kelihatan anak pertama mereka iaitu Harum Dalia, 5, menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.

Azwan dan Ezzaty bersama anak pertama mereka, Harum

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga bimbang jika keadaan yang berlaku ini boleh mengganggu emosi dirinya yang sedang berpantang.

“Emosi wanita yang baru lepas melahirkan anak memang tidak stabil. Saya rasa sedih dan tertekan.

“Apa lagi memikirkan keadaan anak pertama dan bayi yang baru lahir.

“Saya hanya mampu bertenang, amalkan zikir dan selawat supaya tidak menggangu emosi diri sendiri,” jelasnya.

 

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia