Connect with us

OH Trending

Akhirnya Hakim Jelaskan Apa yg Ali Puteh Lakukan Sehingga Menyebabkan Hidayah Sebak

Published

on

Berikutan kes saman fiitnah membabitkan keluarga pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali pagi tadi, pihak media turut melaporkan mengenai prosiding Hakim Zulqarnain Hassan.

Zulqarnain berkata, perkara tersebut jelas apabila ahli keluarga plaintif mengajak Siti Norhidayah berbincang soal harta.

Ia betul-betul pada hari kedua arwah Abam meninggal dunia akibat demam pada 10 Februari 2020.

“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan…

“…bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak mahkamah berpuas hati mengenai situasi pada ketika itu yang pasti menyedihkan bagi isteri Allahyarham kerana masih dalam keadaan tertekan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia