Connect with us

OH Trending

“Kami masih muda..” Biarkan shj Isteri Taknak Bertudung, Tindakkan Yonnyboi Mengundang Padah

Published

on

Setelah sekian lama mendirikan rumah tangga, sudah pasti penyanyi Yonnyboii tidak terlepas dengan soalan zuriat.

Yonny berkata dia dan isteri, Nik Nazira tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata di usia muda.

Menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah, bagaimanapun, Yonny berkata dia dan isteri merancang untuk menimang anak dalam tempoh dua tiga tahun lagi.

“Keluarga saya sudah mengingkatkan kalau ada yang bertanya mengenai perkara ini, jangan sesekali cakap tidak mahu lagi.

Sebab kita tidak tahu rezeki yang sudah tertulis. Takut nanti jadi satu doa.

“Saya pun masih lagi belajar dan sesuaikan diri menjadi suami.

Saya juga tidak tahu bila waktu sudah bersedia bergelar bapa sebab saya percaya bila ada zuriat nanti baharulah saya tahu keadaan sebenar.

“Cuma kami merancang untuk timang zuriat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Namun kalau rezeki datang awal, kami bersyukur. Tapi, buat masa ini saya memang nak fokus kepada kerjaya dulu,” katanya.

Isteri Tidak Bertudung

Baru sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga , isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman sudah tidak memakai tudung.

Menurut Yonny, isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.

“Dia kalau berjalan dengan saya, ada kalanya dia nak melawa. Sebelum ini, dia memang tak bertudung dan setakat ini, dah setahun dia pakai tudung,” katanya.

Kata Yoony lagi, dia sudah berbincang dengan Nazira mengenai kecaman netizen. Ujarnya lagi, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk bertudung.

Namun, tindkakan Yonny membiarkan isteri tidak bertudung telah menerima padah apabila rata-rata netizen mula mempersoalkannya.

“Saya dah bincang dengan dia mengenai kecaman. Dia cakap, mungkin untuk letakkan (gambar) di Instagram, belum masanya.

“Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung. Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak.

Saya memang tak pernah paksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini (imej). Jadi, saya okay,” katanya.

Dalam pada itu, Nazira mengakui sudah bersedia untuk bergelar ibu jika diberi rezeki untuk menimang cahaya mata awal.

Mengakui bukan mudah untuk bergelar ibu bapa namun Nazira berkata dia dan Yonny perlu belajar.

“Insya-Allah, saya menerima baik setiap yang berlaku.

Saya tak berani nak cakap memang dah bersedia memegang gelaran itu sebab zuriat adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Bukan mudah nak membesarkan anak tapi kalau sudah tertulis, saya dan Yonny perlu sama-sama belajar,” katanya.

Yonny dan Nazira selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia