Connect with us

OH Trending

Rupanya Budak Lelaki yg Dikatakan Terlibat Kes ‘Tiikam Bayi’ itu Telah Melakukan Perkara ini

Published

on

Baru-baru ini, media sosial kecoh mengenai kes pembvnuhan seorang bayi lelaki.

Bayi itu yang baru dilahirkan dipercayai ditiikam ibu kandungnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu.

“Kita percaya dia telah melarikan diri ke bahagian utara Terengganu dan polis akan berusaha mengesannya,” ujarnya.

Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang sudah tidak ke sekolah sejak beberapa tahun lalu itu dipercayai berada seorang diri di rumahnya ketika melahirkan bayi malang tersebut.

“Remaja tersebut kemudian meminta pertolongan seorang rakan untuk memaklumkan kelahiran bayinya kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pegawai kesihatan mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa.

“Terdapat kesan luka pada dada dipercayai ditiikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Remaja itu dipercayai bertindak demikian kerana panik.

Hanyan memberitahu, pi­haknya bergegas ke lokasi dan menahan remaja perempuan tersebut bagi membantu siasatan.

Mayat bayi tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ahli keluarga remaja tersebut yang enggan dikenali berkata, suspek yang merupakan anak tunggal me­netap berdua dengan ibunya yang juga ibu tunggal.

Sewaktu kejadian, ibu remaja itu bekerja di sebuah hotel di daerah ini.

“Kami tidak menyangka dia mengandung kerana bentuk fi­zikalnya besar,” katanya.

Bagi mereka yang mengenali dan mengetahui maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin ditalian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Memetik laporan Utusan Online sebelum ini, remaja perempuan terbabit sudah direman tujuh hari bermula Rabu lalu.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan.

Sumber: BH Online (Rosli Ilham) , Utusan Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia