Connect with us

OH Trending

Pernah Naik Pesawat dan Bot Mewah Bersama, Netizen Tanya Hbgn Hairul dan Vincent

Published

on

Selepas dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan menaiki jet peribadi milik jutawan itu.

Berkongsikan momen manis itu di Instagram, Hairul berkata dia juga tidak menyangka dengan rezeki diberikan dan menyifatkan ianya rezeki anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Menerusi video tersebut, kedua anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan tersebut.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut teruja dan tumpang gembira dengan rezeki tersebut.

Oktober tahun lalu, Hairul sekeluarga dijemput menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan tersebut.

Hairul berkata mereka sekeluarga menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di Pulau Redang.

Dapat Angpau

Baru-baru ini perkongsian Hairul menjadi perhatian ramai apabila menerima beberapa keping sampul  sempena Tahun Baru Cina darpada jutawan itu.

Ia diberi di pejabat milik ahli perniagaan tersebut di Berjaya Corporation Berhad.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan hubungan rapat Hairul dengan jutawan terkenal itu apabila sering dilihat bersama.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyifatkan Hairul sekeluarga bertuah dan merupakan rezeki mereka kerana dapat mengenali jutawan itu dengan lebih rapat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia