Connect with us

OH Trending

Gara² Kena Marah dgn Puteri Balqis Sbb Komennya, Tindakkan Mia Sarah Mengundang Perbalahan Netizen

Published

on

Sejak semalam, tular di media sosial susulan luahan seorang pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi, 15.

Ka apabila dia  berasa kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang lagi pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 17.

Ini kerana wanita yang dituduh tidak mendidik anak secukupnya adalah individu yang menjaga serta menyayanginya..

“Dari lubuk hati saya, ia sangat menyakitkan saya. Ini ibu saya yang awak cakapkan.

SATU-SATUNYA wanita dan orang yang paling menyayangi saya, dan ia adalah satu kepedihan yang tidak tertanggung,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aqish juga sempat menitipkan pesan kepada pelakon remaja berkenaan supaya memperbetulkan dahulu tatabahasanya.

Ia berkenaan dalam penulisan di media sosial dan tidak menggunakan bahasa ‘rempit’.

Dia turut menegur Mia dengan mengatakan yang hijab bukanlah satu tiket untuknya mengutuk orang lain.

Dan mempersoalkan cara pelakon itu berhadapan dengan jutaan pengikut.

“Memakai tudung tidak memberi anda laluan percuma untuk mengutuk orang lain. Agama tidak memberi anda laluan percuma untuk menyeksa orang lain.”

“Bagaimana cara untuk menunjukkan sikap anda di hadapan jutaan pengikut anda.

Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita.” ujarnya.

Luahan yang dibuat oleh Puteri Balqis itu susulan daripada komen-komen yang dibuat Mia yang pada awalnya seakan mempertahankan pelakon itu dari dikutuk sesetengah netizen.

Namun, ayat yang digunakan sedikit menyentuh isu peribadi Aqish sehingga memperlihatkan yang dia menyalahkan cara didikan orang tua Aqish.

Sumber: Instagram morosechild

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia