Connect with us

OH Trending

Sebak, Nor Azli Mninggal Dunia KmaIangan Wira Terbabas Brtembung Lori Kurier

Published

on

Alor Gajah: Seorang pekerja syarikat jualan atas talian maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas dan dirempuh lori kurier di Kilometer (KM) 215.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Nor Azli Abdul Fattah, 25, dalam perjalanan bersama keluarganya dari Bandar Sunway, Kuala Lumpur, ke kampung isterinya di Batu Pahat, Johor.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala abangnya yang duduk di kerusi penumpang hadapan parah di kepala dan kini dirawat di zon merah Hospital Seremban.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sehingga berpusing.

“Pada masa sama, lori dari lorong kiri tidak sempat membrek lalu melanggar kereta mangsa yang diseret dari lorong kiri ke kanan,” katanya dihubungi.

Arshad berkata, mayat pemandu kereta dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Katanya, mangsa turut disahkan positif Covid-19 manakala ahli keluarganya yang lain masih menunggu keputusan ujian calitan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia