Connect with us

OH Trending

“Keturunan u tak malu ke” Kena Sound Setepek, Tindakkan Iqbal Akhirnya Mengundang Perbalahan

Published

on

Sejak berlangsungnya program nyanyian yang mencetuskan kontroversi tempoh hari, ramai selebriti senior tampil meluahkan kekesalan.

Ia berhubung pengambilan individu yang tidak sesuai sebagai peserta untuk bersaing dengan mereka yang hebat.

Datul AC juga turut tampil bersuara meluahkan rasa tidak gemarnya melihat situasi berkenaan terjadi dalam industri seni Tanah Air.

Menerusi laman Facebook AC Mizal, dia meminta agar pihak penganjur memberikan peluang kepada mereka yang betul-betul layak.

Iaitu boleh menyanyi dan bukan kepada individu viral disebabkan perkara negatif.

Tambahnya, perkara bodoh seperti itu juga boleh membunuh industri seni kita.

Dalam pada itu, pengacara Maharaja Lawak Mega itu turut mempersoalkan mengapa perlu berbelanja berjuta ringgit namun yang diingati cumalah penyanyi yang sumbang.

AC Mizal juga sempat bertanya sama ada peserta bersuara sumbang itu sedar atau tidak bahawa dia dijadikan bahawa lawak.

Tapi pastinya boleh membuatkan ahli keluarga terpalit rasa malu sama.

Sehubungan dengan luahan yang dibuat pengacara itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh  selebriti berkenaan.

Mereka juga menganggap apa yang dilakukan oleh pihak penganjur sangat tidak bersesuaian kerana memperlihatkan sisi negatif sehingga boleh memalukan industri seni negara.

Sumber: Facebook Dato Ac Mizal

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia