OH Trending
“Alahai Comelnya, Tangan Jari Sebijik dgn lbu,” Ayash Affan Akhirnya Dah BoIeh BaIik, Ini Reaksi Abg dan Akaknya

Setelah sebulan berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), bayi lelaki Shuib Sepahtu, Ayash Affan akan pulang ke pangkuannya hari ini,
Kepulangannya itu telah dikongsikan oleh Shuib menerusi entri terbaru di Instagram miliknya sebentar tadi.
Menurut Shuib, dia menganggap kepulangan Ayash sebagai hadiah dari Allah sempena ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah esok.
“Syukur Ya Allah,Besok Birthday Ibu (15/9) Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN harini. InsyaAllah kjp lagi dah boleh balik dah.
Allahuakbar, Tangan,Jari sebijik tangan Ibu…
Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan Anak soleh ini. Terima kasih semua.
SYUKUR YA ALLAH diatas RAHMAT MU.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan anak bongsunya itu.
“Terima kasih semua, syukur Ya Allah diatas rahmat Mu,” katanya.
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari2 tanya pasal Ayash.
Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.
Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah.
Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.”
View this post on Instagram
Ayash Affan telah dilahirkan dalam keadaan ibunya, arwah Siti Sarah bergelut dengan COVlD-19 dan meninggal dunia beberapa hari selepas bersalin.
Semoga Ayash membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sumber Shuib