Connect with us

OH Trending

“Wasiat Pengurusan Jenazah Abah” Detail Sungguh Abh Merancang Kematiannya, Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Published

on

Apabila sampai waktunya, setiap antara kita pasti akan pulang ke negeri abadi menemui Sang Pencipta.

Cara dan bagaimana seseorang itu akan menemui ajal, itu menjadi rahsia Ilahi.

Untuk itu mari kita muhasabah diri dengan satu perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau baru sahaja kehilangan ayah tercinta.

Kisah yang dikongsikan ini cukup luar biasa dan menyentuh hati warganet.

Cikgu Fadli berkongsi antara wasiat yang telah ditulis oleh abahnya sejak tahun 2018.

Cukup detail isi kandungan wasiat tersebut berkenaan pengurusan jenazah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anaknya.

Menurut Cikgu Fadli lagi Abah selalu pesan kat anak-anak, “Abah tulis dah wasiat untuk urus jenazah abah jika abah tiada nanti.”

Teringat pesan abah, balik sahaja rumah Kak Ma terus masuk bilik dan buka laci abah.

Terkejut Kak Ma. Ada satu sampul tertulis ‘Wasiat Pengurusan Jenazah Abah’.

Sampul itu dibawa keluar. Ada 3 muka surat semuanya. Details abah tulis bagaimana pengurusan jenazah yang abah mahukan.

Berapa orang perlu turun ke liang lahad, siapa perlu mandikan abah, perlu beri apa dan berapa untuk orang solat jenazah.

Berapa orang yang solat jenazah, dan sebagainya.

Lengkap.

Wasiat ini ditulis pada 30/5/2018 lagi. Abah juga berpesan dalam tulisan agar tunaikan wasiat beliau dengan ikhlas.

Petang tadi aku ke Madrasah Darul Al Aitam. Nak jumpa ustaz supaya buat solat jenazah ghaib.

Ustaz sini baik belaka dengan abah. Surau dalam madrasah ni abah waqafkan bersama tanah.

Sebaik sampai surau, ada beberapa ustaz sedang turun tangga. Bila aku sampaikan niat untuk solat jenazah ghaib, katanya mereka baru selesai buat.

Allah. Tak perlu disuruh-suruh. Tak perlu diajak orang dah buat. MasyaAllah.

Wasiat abah kami akan laksanakan di dua tempat. Di sini dan di bumi Mekah.

Kat Bukit Ajyad, Mekah abah ada satu rumah. Abah waqafkan untuk orang duduk dan guna sejak 2010.

Cucu saudara abah Sheikh Aiman yang duduk dan jaga rumah tu. Wasiat abah kami sampaikan juga pada Sheikh Aiman ni.

Terus semua persiapan dibuat. Bacaan Kulhu dan jamuan makan disediakan.

Abah tenang di sana ya. Kami adik-beradik akan pastikan semua wasiat abah ini dilaksanakan dengan baik, sempurna dan penuh dengan keikhlasan.

Antara wasiat abah. Lengkap dengan kira-kira dan abah dah sediakan duit secukupnya.

Kata abah, tak perlu guna duit anak-anak. Last tu abah sebut lagi, sedekah pada kanak-kanak dan orang tua, RM500.

Abah memang kasih dan sayang pada kanak-kanak dan orang tua.

Ah, details sungguh abah merancang kematiannya. Selepas mati masih lagi boleh berbuat kebaikan.

MasyaAllah, ini pedoman untuk aku ikuti diakhir hayatku nanti.

Terima kasih abah tidak pernah berhenti mendidik bahkan selepas meninggal dunia masih mendidik kami. Sayang abah hingga ke syurga.

Dunia hanya pinjaman. Semua yang dipinjam pasti dipulangkan. Yang kekal hanyalah amalan.

Wasiat ini ditemui sebaik kami pulang dari kubur. Memang abah ada berpesan masa hayatnya, abah dah tinggalkan wasiat khas pengurusan jenazah abah.

Tak sangka begitu detail sekali. Siapa yang mandikan jenazah abah pun ada abah tulis. Siapa yang patut turun ke liang lahad pun ditulis.

Di mana kubur abah patut ditanam pun abah dah tandakan. Allahu. Abah cukup bersedia untuk kembali bertemu Allah taala.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah abah. Kami anak-anak akan terus menerus mengirim doa. Rindu abah ketat-ketat.

Sumber : Mohd Fadli Salleh / keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia