Connect with us

OH Trending

Video Kedai Warga Asing Kebal Berniaga Tanpa SOP

Published

on

KLANG – Warga asing didakwa ‘kebal’ dengan menjalankan operasi perniagaan sewenang-wenangnya di sekitar kawasan Klang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang membuat siaran langsung melalui Facebooknya ketika tinjauan di beberapa kawasan.

“Salam kepada Tuan Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ini apa? Warga tempatan ke warga asing? Ada lesen ke? Ikut SOP MKN ke?

Azmizam turut mempertikaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga warga asing terbabit.

“Semalam Tuan Pengarah cakap dengan saya MPK sudah ambil tindakan terhadap semua peniaga-peniaga warga asing. Jangan tipu saya sahabat. Berapa lama sudah pegang jawatan Pengarah Penguatkuasa MPK? Tak nampak ke ni?” katanya.

Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini.

Beliau turut mendakwa bahawa apa yang berlaku ini bukan hanya di satu tempat malahan beberapa tempat lain di Klang.

“Nanti saya rakamkan video tempat lain pula ya Tuan Pengarah Penguatkuasa atau Tuan Pengarah Penguatkuasa nak saya buat FB Live baru percaya apa yang saya rakam ni?

“Ini satu permulaan pada hari ini 1 Mei 2020 jam 1615. Nantikan episod video yang seterusnya dan korang rakyat Klang tak akan sangka dengan apa yang ada di Klang ni,” katanya.

Menurutnya, terdapat satu kawasan warga asing berniaga secara terbuka tanpa menghiraukan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi.

“Ada satu tempat ni, warga-warga asing ini berniaga dengan meriahnya tanpa lesen dan tanpa ada perasaan takut pun dan seolah-olah dilindungi oleh seseorang.

“Tuan Pengarah Penguat kuasa tahu tak tempat ni? Jangan hanya kacau warga tempatan sahaja tetapi warga asing dibiarkan ya Tuan Pengarah Penguatkuasa.,” katanya.

Tindakan Azmizam memuat naik suasana di hadapan kedai runcit warga asing tersebut disokong netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani dan PBT perlu ambil serius berkaitan isu yang dibawa ini.

Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung dakwaan berkenaan.

Terdahulu, PM berkata, Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Untuk pengusaha restoran dan kedai makan yang ingin beroperasi semula, ikuti SOP dan langkah mudah yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini:

1. Pengusaha kedai makan/restoran sudah boleh pergi membersihkan premis masing-masing dan lain-lain alatan seperti meja dan kerusi makan serta perkakas dapur (pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak) juga membeli stok barang-barang mentah.

2. Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain.

Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

3. Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.

Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini ditentukan pemilik premis restoran/kedai makan.

4. Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.

5. Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan.

Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.

6. Beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.

7. Beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Tauke restoran/kedai makan pun kena pakai face mask.

8. Pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran.

Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.

9. Catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran.

Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

Perdana Menteri menambah, banyak kerja yang perlu dibuat sebelum premis makanan dibuka semula, namun ini penting untuk untuk memastikan supaya tiada pelanggan yang terkena jangkitan COVID 19.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca tu amalan mulia