OH Trending
Video : Ini kerja BuD0H – NG0 pertikai Imgresen Taha4n Beratvs W4rga Asing

PETALING JAYA: Aktivis hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa mengkritik operasi menyasarkan pendatang tanpa izin di Jalan Masjid India semalam.
Mereka menyifatkannya tindakan ini “tidak berperikemanusiaan dan b*doh”.
Aktivis hak asasi tempatan, Adrian Pereira berkata, serbuan yang dijalankan anggota polis dan imigresen boleh menimbulkan ketakutan dan kecurigaan dalam kalangan pendatang tanpa izin ketika kerjasama mereka diperlukan dalam pengesanan kes C0vid-19.
“Ini ialah halangan utama terhadap usaha yang kami lakukan untuk merapatkan desifit antara migran dan kerajaan,” katanya sambil menambah operasi besar-besaran menyasarkan pendatang tanpa izin akan memakan diri pihak kerana mereka tidak akan tampil untuk pemeriksaan kesihatan.
Human Rights Watch Asia menyifatkan serbuan itu “tidak berperikemanusiaan dan b*doh” kerana ia akan menghalang migran yang tinggal di kawasan lain di negara ini bekerjasama dalam usaha membendung C0vid-19.
Katanya, Putrajaya yang perlu mengutamakan kesihatan awam, sebaliknya kelihatan lebih berminat dalam mempromosikan dasar xenofobia yang akan menghasut rakyat Malaysia menentang warga asing tidak berdaya.
https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/videos/944493002682588/
Sementara itu, Adrian mempersoalkan sama ada Jabatan Imigresen sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan sebelum melakukan serbuan itu.
Semalam, penduduk di Jalan Masjid India memberitahu, kira-kira 300 pegawai imigresen menyertai operasi itu yang dilakukan pada pagi untuk menahan warga asing dengan permit kerja tamat tempoh.
Gambar dan rakaman video yang dikongsi atas talian menunjukkan ramai yang ditahan pihak berkuasa.
Seorang penduduk Menara City One memberitahu, pegawai memeriksa dokumen penghuni dari rumah ke rumah.
Kumpulan hak asasi migran, Tenaganita mendakwa Putrajaya melanggar janjinya untuk menghentikan tindakan terhadap pendatang tanpa izin bagi menggalakkan mereka menjalani ujian saringan C0vid-19.
Pengarah Eksekutifnya, Glorene Dass mendapati ramai yang ditahan ialah umat Islam yang sedang melalui bulan Ramadan dan ini menjadikan serbuan itu tidak berhati perut.
https://www.facebook.com/klbroadcast/videos/235761610997272/
Beliau turut mengecam penahanan kanak-kanak bawah umur dengan ada yang hanya berusia setahun.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
“Tugas kami di Kementerian Kesihatan ialah untuk memastikan mereka tidak dijangkiti, sama ada mereka pendatang asing berdokumen, pendatang tanpa izin atau warganegara Malaysia.”
Aktivis hak asasi berpangkalan di Bangkok, John Quinley III memberitahu, pihak berkuasa mewujudkan “persekitaran gerun” dalam kalangan migran dan pelarian.
Katanya, ini boleh menghalang usaha kerajaan dalam menentang C0vid-19.
Quinley yang merupakan sebahagian daripada Fortify Rights, menggesa pihak berkuasa berhenti menahan orang berdasarkan status imigresen mereka, sebaliknya fokus untuk membantu komuniti mudah terjejas.
Beliau mendapati serbuan itu dilakukan ketika kempen kebencian terhadap pelarian, khasnya etnik Rohingya, dan menggesa kerajaan bersuara menentang tindakan berniat jahat sedemikian.
Warga asing di Masjid India digempvr
TERDAHULU, ratusan warga asing di sekitar kawasan Masjid India, di sini di gempvr Jabatan Imigresen (Imigresen) hari ini.
Serbuan mengejut itu dijalankan sekitar jam 9.30 pagi selepas hampir 300 pegawai dan anggota Imigresen mengepung kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India.
Operasi mengesan warga asing ini dikatakan mudah dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempvr dipasang kawat duri berikutan perintah PKPD.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, anggota Imigresen didapati membawa keluar sebahagian besar warga asing dari Masjid India yang sudah diperiksa dan berkemungkinan mereka yang mempunyai pelbagai jenis kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.
Difahamkan operasi berkenaan tertumpu kepada individu yang tinggal di Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India.
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/692778418134637/
Operasi diketuai Imigresen itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sehingga jam 1.45 tengah hari tadi operasi masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Imigresen setakat ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dilihat berada di lokasi serbuan.
Operasi buru pendatang tanpa izin sebahagian langkah C0vid-19, kata KPN

Polis akan melaksanakan operasi besar-besaran bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang tanpa izin ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata operasi itu juga bertujuan membendung dan menyekat penularan C0vid-19.
Beliau berkata, pendatang tanpa izin sukar dikesan jika dijangkiti C0vid-19 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan mampu menyebabkan penularan virus itu apabila mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
“Selagi PKP masih dilaksanakan, polis tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah bergerak bebas.
“Jadi, itulah tujuan utama Jabatan Imigresen melakukan operasi besar-besaran secara bersepadu bersama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dibantu Kementerian Kesihatan (KKM) di beberapa lokasi di ibu negara,” katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata, sukar untuk mengesan kontak mana-mana pendatang tanpa izin yang dijangkiti C0vid-19 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan pada masa sama mereka menyebarkan virus itu kepada orang lain yang seterusnya mampu mewujudkan kluster baru.
“Berbanding warga asing yang berada di negara ini secara sah, mereka ini mudah dikesan kerana pihak berkuasa mempunyai maklumat tentang lokasi kediaman serta tempat kerja, selain mengetahui butiran majikan mereka.”
Beliau berkata, jika pendatang tanpa izin ditahan, mereka akan dikumpulkan sekaligus memudahkan pihak berkuasa mengawal pergerakan mereka, selain menjaga mereka di satu lokasi yang ditetapkan sehinggalah PKP berakhir.
“Apabila tempoh PKP berakhir kelak, maka terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada meneruskan tindakan susulan mengikut undang-undang yang ditetapkan Jabatan Imigresen atau mengusir mereka kembali ke negara asal melalui proses-proses yang ditetapkan.”
Semalam, Jabatan Imigresen dan agensi penguatkuasaan lain melakukan serbuan di sekitar Masjid India dan menahan ratusan pendatang tanpa izin yang tinggal di kawasan itu.
Sumber: FMT, Berita Harian, Bernama TV